Selasa, 23 Agustus 2011

HAKIKAT ZUHUD

Hakikat zuhud ialah menyingkirkan apa apa yang semestinya disenangi dan diingini oleh hati, kerana yakin ada sesuatu yang lebih baik untuk meraih darjat yang tinggi di sisi ALLAH.

Syeikh Abdul Samad Al Palimbani mengatakan bahawa ada rukun kezuhudan.

1. Meninggalkan sesuatu kerana menginginkan sesuatu yang lebih baik lagi
2. Meninggalkan keduniaan kerana mengharapkan akhirat.
3. Meninggalkan segala sesuatu selain ALLAH kerana mencintaiNYA.

Sebagai contoh untuk zuhud tingkat ini, ada satu kisah seorang sahabat Nabi ternama,Haritsah. Nabi SAW bertanya “Bagaimana kamu hari ini, wahai Haritsah?”

Dia menjawab,”Aku sungguh beriman, ya rasulullah.”

“Apa buktinya?” tanya Nabi. Dia menjawab,”Aku telah memalingkan jiwaku dari dunia ini. Itulah sebabnya di siang hari aku haus dan di malam hari kau terjaga, dan rasa rasanya aku melihat Arasy Tuhanku menghampiriku, dan para penghuni syurga sedang bersuka ria dan para penghuni neraka sedang menangis.” Nabi SAW bersabda,” itulah seorang mukmin yang hatinya telah dibukakan ALLAH. Kau telah tahu Haritsah, maka camkanlah.”

Imam Ahmad Ibnu Hambal mengklasifikasikan tingkatan zuhud yakni :-
1. Zuhudnya orang orang awam ialah meninggalkan hal hal yang haram
2. Zuhud orang orang yang khawas (khusus) iaitu meninggalkan hal yang berlebih lebihan (al fudhul) meskipun barang halal.
3. Zuhud orang Arif iaitu meninggalkan segala sesuatu yang dapat memalingkan daripada mengingati ALLAH.

Al Imam Ghazali pula membahagikan zuhud kepada tiga peringkat yakni :-

1. Tingkat terendah ialah menjauhkan dunia agar terhindar dari hukuman di akhirat
2. Tingkat kedua ialah mereka yang menjauhi dunia kerana ingin mendapatkan imbalan di akhirat
3. Tingkat tertinggi ialah zuhud yang ditempuh bukan lagi kerana takut atau harap, tetapi semata mata kerana cinta kepada ALLAH Ta’ala.

Menurut Syeikh Abdus Samad Al Palimbani,proses kehidupan zuhud itu ada 3 tingkat :-

1. Zuhud Awal
2. Zuhud Menengah
3. Zuhud tingkat Terakhir (muntahi)

Pada semua tahap proses kezuhudan tersebut baik di tingkat permulaan mahupun akhir, para zahid harus membentengi dirinya dengan sifat2 wara’ atau wira/I iaitu menjaga diri dari hal hal yang haram dan perkara perkara subahat serta segala sesuatu yang meragukan

Tingkat Pertama

Zuhud awal (mubtadi’) adalah kezuhudan seseorang yang di dalam hatinya masih ada rasa cinta kepada keduniaan, namun demikian dia bersungguh sungguh melawan hawa nafsunya. Maka, pada tingkat permulaan inilah seorang zahid harus melatih diri untuk bersikap wara’. Wara’ bagi zahid pemula dapat diertikan sebagai sifat dan sikap hidup seseorang yang sentiasa meninggalkan perkara perkara subahat iaitu segala sesuatu yang belum jelas hala atau haram. Sebagaimana di terangkan dalam hadis Nabi SAW

“ Yang halal sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas. Tapi di antara keduanya ada perkara yang masih samara samara (subahat). Mengambil yang subahat dapat menyebabkan kita jatuh ke dalam larangan Tuhan”

Tingkat Kedua

Zuhud orang yang hatinya sudah meninggalkan dunia, hatinya tidak lagi tertarik kepada dunia. Pada tahap ini orang orang zahid dituntut meningkatkan sikap wara’nya ke tingkat yang lebih tinggi, iaitu wira’I yang biasa diertikan sebagai sikap hidup meninggalkan segala sesuatu yang meragukan dalam hati, sebagaimana sabda Nabi SAW

“Tinggalkan apa yang meragukanmu pada apa yang tidak meragukan”

Ini kerana keraguan itu merupakan sebahagian daripada angkara syaitan agar manusia menjadi was was atau syak. Nabi SAW juga pernah mengingatkan, bahawa hakikat dosa sesungguhnya terletak pada apa yang diragukan oleh hati nurani. Oleh itu, baginda mengajarkan manusia agar selalu bertanya dan minta pertimbangan pada hati nuraninya yang benar.

Berdasarkan dua tahap proses kezuhudan tersebut di atas, seorang zahid dapat naik ke tingkat zuhud yang paling tinggi nilainya iaitu zuhud muntahi; zuhudnya golongan orang yang sudah makrifatullah (arifin). Bagi mereka, dunia dan segala isinya ini sudah tidak ada nilainya lagi sehingga segenap hati dan fikiran mereka sudah menghadap ke akhirat. Maka zahid pada tingkat yang tertinggi ini memilikki cirri cirri rohaniah yang amat tinggi maqamnya. Hatinya tidak lagi bersuka ria kerana memperolehi sesuatu dan tidak pula bersedih kerana kehilangan sesuatu; orang yang memujinya dan orang yang mencelanya dianggap sama saja; dan dia sentiasa merasa dekat dengan Tuhan dan merasakan nikmatnya ibadah.

Seiring dengan peringkat kezuhudan yang dicapai oleh para zahid muntahi ini, maka sifat sifat wira’I yang dimilikki mereka pun merupakan nilai nilai hakiki yang tinggi. Mereka menjalani wira’I dalam erti meninggalkan segala sesuatu yang dapat membuat seseorang lalai dan lupa kepada ALLAH walau sekejap saja dianggap sebagai dosa. Inilah puncak hakikat zuhud dan wira’I yang sesungguhnya.

Zuhud peringkat pertama adalah dikalangan orang awam, zuhud peringkat kedua adalah dikalangan para salik yang soleh dan peringkat terakhir ini hanya boleh dimilikki oleh orang orang yang lebih khusus atau khawas al khawas iaitu para Sufi sebagai orang orang yang arif bijaksana
Related Posts : Tasawuf

    * Ramadhan Bulan Overhaul Hati
    * Jalan Syaitan Melulusi Dapat Anak Adam
    * Takabur - Memandang Pada Diri Sendiri
    * Kisah Luqman Al-Hakim - Pandangan Manusia Yang Berbeza
    * Taubat

CLICK HERE GET "Related Posts Widget" [?]
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz
Labels: Tasawuf
2 comments:

Haslina Mohamad said...

http://cahayamukmin.blogspot.com/2009/03/tingkatan-zuhud_03.html

MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

Diriwayatkan dari Nabi SAW bahwa malam ‘Lailatul Qodr’  terjadi pada malam tanggal 21, 23,25,27,29 dan akhir malam bulan Ramadhan. Imam al Iraqi telah membuat suatu risalah khusus yang diberi judul Syarh Shadr Bidzkri Lailatul Qadar yang membawakan perkataan para ulama seperti:Imam Syafe’i berkata:” Menurut pemahaman ku wallahu’alam, carilah dimalam-malam tersebut (maksudnya malam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan)“. Pendapat yang paling kuat terjadinya malam lailatul qadar adalah terjadi pada malam terakhir bulan ramadhan, berdasar hadits ‘Aisyah RA, dia berkata:” Rasulullah SAW beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan ramadhan dan beliau bersabda:”Carilah malam lailatul qadar di(malam ganjil) pada sepuluh hari sisanya” (HR:Bukhori 4/255 dan Muslim1169).
Waktu Lailatul Qodr?
Jika seseorang merasa lemah dan tidak mampu, jangan sampai terluput dari tujuh hari terakhir. Riwayat Umar RA dia berkata:”Rasulullah bersabda: Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya” (HR. Bukhari4/221 dan Muslim1165).
Telah diketahui dalam sunah, pemberitahuan ini ada karena perdebatan para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit RA berkata:” Rasulullah keluar pada malam lailatul qadar, dan ada dua orang sahabat berdebat, beliau bersabda:”Aku keluar untuk mengkabarkan kepada kalian tentang malam lailatul qadar, tetapi fulan dan fulan berdebat hingga lama hingga tidak tahu lagi lailatul qadar terjadi, semoga ini lebih baik  bagi kalian, maka carilah pada malam 29,27,25” (HR:Bukhori 4/232).
Kesimpulannya:Jika seseorang muslim mencari malam lailatul qadar, carilah pada malam ganjil sepuluh hari terakhir yaitu 21,23,25,27 dan 29, jika tidak kuat, carilah pada tujuh hari terakhir yaitu 25, 27, 29.    Wallahu’alam.
Dari ‘Aisyah RA berkata:”Adalah Rasulullah ber’itikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau berkata: “Selidikilah malam lailatul qadar pada tanggal ganjil 10 hari terakhir bulan Ramadhan“.
Fadhilah Lailatul Qodr:
Bagaimana Mencari Malam Lailatul Qadar? Sesungguhnya malam yang diberkahi ini seperti hadis berikut:” Barang siapa yang diharamkan untuk mendapatkannya, maka sungguh telah diharamkan kebaikan (baginya).Dan tidaklah diharamkan kebaikan itu, melainkan bagi orang yang diharamkan untuk mendapatkannya. Oleh karena itu dianjurkan  berbuat ketaatan kepada Allah untuk  menghidupkan malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, maka dengan demikian maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu“.(HR Bukhori4/217 dan Muslim759).
Raulullah SAW bersabda:”Barang siapa berdiri (sholat) pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka akan diampuni dosa-dosa yang telah lalu. (HR:Bukhori dan Muslim).
Do’a Lailatul Qodr:
Disunahkan untuk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari Sayyidah ‘Aisyah RA dia berkata:”Aku bertanya,  Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku tahu kapan malam lailatul qadar (terjadi) dan apa yang aku ucapkan?”, beliau menjawab:
“ALLAHUMA INNAKA’AFFUWWUN TUHIBBUL ‘AFWA FA’FUA’ANNII
arti: Ya Allah, Engkau maha pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku“.
(HR: Tarmidzi 3760, Ibnu Majah 3850. Semoga Allah memberkahi kita dan memberi taufiq kepada kita untuk menta’ati Nya.
Rahasia malam ‘Lailatul Qodr:
Malam ‘Lailatul Qodr’ memiliki makna yang sangat dalam bagi peri kehidupan seorang mukmin baik laki maupun wanita. Di malam ini, Allah memberikan satu model keseimbangan sistem kehidupan.
Sejak pertama kali Allah SWT menciptakan manusia, sampai zaman Rasulullah SAW dan sampai menjelang hari berbangkit / kiamat, salah satu parameter sistem kehidupan yakni Usia Manusia Hidup telah Allah kehendaki secara seimbang. Dan memang Allah menciptakan seluruh Alam Raya ini secara seimbang.
Usia Manusia dulu, sampai kini akan bertemu di Rahasia malam ‘Lailatul Qodr’ ini.
~~~~~
Wallahu a’lamu bish-showwaab…
http://pakarfisika.wordpress.com/2008/09/17/rahasia-malam-lailatul-qodr/









DOA LAILATUL QADAR

http://www.ruqyahcenter.com/baca.php?hal=3&id=32&jdl=DOA%20DI%20MALAM%20LAILATUL%20QADAR

Imam At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan yang lainnya telah meriwayatkan dari Ummul mu’minin Aisyah ? beliau berkata : aku bertanya wahai Rasululloh jika aku telah mengetahui kapan malam lailatul qodar itu, maka apa yang aku katakan pada malam tersebut? Beliau menjawab : katakanlah

??????????? ?????? ??????? ??????? ????????? ??????? ??????

“ya Alloh sesungguhnya engkau Maha pemaaf, engkau senang memaafkan kesalahan maka maafkanlah aku.”

Doa yang barokah ini sangat besar maknanya dan mendalam penunjukannya, banyak manfaat dan pengaruhnya, dan doa ini sangat sesuai dengan keberadaan malam lailatul qodar. Karena sebagaimana disebutkan di atas malam lailatul qodar adalah malam dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah dan ditentukan taqdir amalan-amalan hamba selama setahun penuh hingga lailatul qodar berikutnya. Maka barangsiapa yang dianugerahi pada malam tersebut al ‘afiyah ( kebaikan ) dan al’afwa ( dimaafkan kesalahan) oleh Robbnya maka sungguh dia telah mendapat kemenangan dan keberuntungan serta kesuksesan dengan sebesar-besarnya. Barangsiapa yang diberikan al afiyah di dunia dan di akherat maka sungguh dia telah diberikan kebaikan dengan seluruh bagian-bagiannya. Dan tidak ada yang sebanding dengan Al ‘afiyah tersebut.

Imam Al Bukhori telah meriwayatkan dalam Adabul Mufrad, dan At Tirmidzi dalam As Sunan dari Al-Abbas bin Abdil Muthollib ? beliau berkata : aku berkata wahai Rasululloh, ajarkan sesuatu (doa) yang aku gunakan meminta kepada Alloh , Rasululloh menjawab : mintalah kepada Alloh al ‘afiyah, maka pada suatu hari aku berdiam diri kemudian aku datang lagi pada Rasululloh aku katakan : wahai Rasululloh ajarkan kepadaku sesuatu yang aku gunakan meminta kepada Alloh, maka beliau berkata kepadaku : “wahai Abbas, wahai pamannya rasullulloh mintalah kepada Alloh al ‘afiyah didunia dan di akherat.”

Imam Bukhori meriwayatkan dalam Adabul Mufrad, dan At Tirmidzi dalam As-Sunan dari Anas bin Malik ? bahwasannya beliau berkata : telah datang kepada nabi seseorang yang berkata : wahai Rasullulloh doa apa yang afdhol? Beliau menjawab: mintalah kepada Alloh al ‘afwa wal ‘afiyah ( ampunan dan kebaikan ) didunia dan akherat. Kemudian orang tersebut datang di hari besoknya sembari berkata : wahai nabiyulloh doa apa yang afdhol? Beliau menjawab : mintalah kepada Alloh al ‘afwa wal ‘afiyah ( ampunan dan kebaikan ) didunia dan akherat, maka apabila kamu di beri al ‘afiyah di dunia dan akherat berarti sungguh kamu telah mendapat kemenangan.”

Imam Bukhori meriwayatkan dalam Adabul Mufrad dari Ausath bin Ismail beliau berkata : aku telah mendengar Abu Bakar Ash Shiddiq ? berkata setelah meninggalnya Rasullulloh : ” Nabi pernah berdiri pada tahun pertama di tempat berdiriku ini kemudian Abu Bakar menangis lalu berkata : wajib bagi kalian untuk jujur, karena dia bersama dengan kebaikan, dan keduanya berada di surga. Dan tinggalkan dusta karena dia bersama dengan kejahatan yang keduanya di neraka. Mintalah kepada Alloh al-mu’afah (saling memberi maaf), karena tidak ada yang datang setelah al yakin yang lebih baik dari pada al-mu’afah. Janganlah kalian saling memutus hubungan, dan jangan saling membelakangi, saling hasad, saling membenci, dan jadilah kalian hamba-hamba Alloh yang bersaudara.

Untuk ini sesungguhnya termasuk kabaikan bagi seorang muslim untuk memperbanyak doa yang barokah ini disetiap waktu dan dimanapun terlebih dimalam lailatul qodar yang akan dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah dan ditentukan taqdir dan hendaknya seorang muslim mengetahui bahwasannya Alloh Maha mengampuni lagi Maha mulia lagi Maha pemurah yang senang memberi maaf.

“Dan dialah yang menerima Taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan- kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan,” (As Syura : 25)

Dan Alloh senantiasa terus dan tiada henti hentinya dikenal sebagai dzat yang suka memaafkan kesalahan-kesalahan dan disifati dengan pemberi ampunan. Setiap orang sangat membutuhkan kepada pemberian maaf-Nya dan ampunan-Nya. Janganlah seorang merasa tidak butuh dari keduanya. Sebagaimana dia senantiasa membutuhkan rahmat serta kasih sayang-Nya. Maka kita memohon kepada-Nya untuk memasukkkan kita kepada golongan yang dia maafkan dan menjadikan kita termasuk golongan yang dirahmatinya. Dan agar kita diberikan kemudahan dan kemampuan untuk mentaatinya. Semoga Alloh berikan petunjuk kita kepada jalan yang lurus. (Amin Yaa Rabbal ‘alamin Wal Hamdulillah ‘ala kulli ni’matihi.Pent). dikutip dari kitab Fiqhul Ad’iyyah wal adzkar karya Syaikh Abdurrazzaq bin Abdil Muhsin Al-Badr. Hal 265 – 269. Alih Bahasa : Al Ustadz M. Rifai.